Search This Blog

Saturday, April 28, 2018

28 April, 2018
Sabtu
10:28pm

Alhamdulillah jumpa semula blog yang telah lama ditinggalkan. Alhamdulillah sehingga saat ini jantungku masih berdetik...terima kasih ya Allah kerana telah memberi kesempatan untukku bernafas sehingga saat ini. 

Ketika ini aku tengah menunggu suamiku mencuci baju di dobi. Dengan adanya kesempatan ini ingin aku menceritaka  apa yang telah kubeli sebentar tadi di Guardian, Boulevard. Memandangkan aku tiada mengamalkan pengambilan apa-apa supplement, aku beli semula Vitamin C jenama Cebion yang telah sekian lama kutinggalkan. Alhamdulillah setelah sebulan kuamalkan semula mengunyah Vitamin C tersebut, terasa kulitku mulus dan licin. Untuk kali ini kubelikan jenis yang larut dalam air 90 biji RM76.98 (1000mg) yg diminum sebiji sehari.

Semoga amalan minum Vitamin C ini akan terus menjadi rutin harianku. 

Sekian untuk kali ini, berjumpa lagi nanti.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment