Search This Blog

Monday, December 28, 2009

CHRISTMAS 2009

di Tasik Biru, Bau

Today the weather is good, so kamek org berjalan menziarahi sahabat handai yg merayakan Hari Natal or Hari Krismas yg disambut setiap 25 Disember. Ada 3 buah rumah yg diziarahi (rumah kawan Udak 2 buah & rumah kawan aku sebuah). Pendek kata enjoylah...kebetulan public holiday 25, 26 & 27 Dec.

Ari tok juak sidak ex-coursemate aku time di ITM Semariang datang dari KL (Sheila, Norlia, Nur Saidah & Norhaizah). Sidaknya datang bercuti 3 days 2 night jak dan stay kat Regal Court. Sidaknya balit 27 Dec. Lebih kurang 15 tahun dah sidak meninggalkan Kuching sejak graduate, rasa dalam mimpi dapat bertemu lagik. Semua dah kawin, Sheila anak 2, Norlia anak 4, Nur Saidah anak 2 & Kak Zah anak 2...Mummy Vogue katakan. Sidak datang sik embak family so masing2 jadi anak dara pingitan. Heeheheeee....

25 Dec, aku & Siti (sefamily) ngepong sidak di Cultural Village. At first sidak sik ngelala ngan aku coz aku banyak perubahan. Dolok rambutku keriting & muka banyak jerawat tapi kinek tok dah kacak sikit (huhu...), rambutku dah lurus kenak rebonding & muka nampak bersih (tq CNI). Lucu ada jak sidak sik ngelala ngan aku sedangkan aku merati sidak terpinga-pinga dari tadik, ku biarkan lebih kurang 3 min sidak carik aku. Then aku pun merapati sidak & negor sidak, terkejutnya bukan kepalang. Sheila makin montel, Norlia masih macam anak dara sunti (sik bertudung gik, rambut panjang ayu), Nur Saidah pun sik bertudung gik (tudungnya dah melayang entah ke mana), Kak Zah aku sik berapa ingat gilak mcm nay nya dolok coz aku sik close dengannya. Pertemua kamek di sia sekejap jak, lebih kurang pukul 6pm kmk pulang, coz malam nak keluar gik ngembak sidak makan mee kolok kat Warong di Satok.

Malamnya aku dengan Siti ngagak sidak di Regal Court. Masing2 dah bersiap, terutama Sheila nang sik sabar nak makan mee kolok. Aku sikpat makan apa2 coz dah kenyang makan maggie mee kari sebelum turun tadik. Aku order air laici jak k minum & tapau satay k embak pulang. Lamak juak kmk org berloyar kat Satok, yalah lamak sik jumpa, entah2 klak mun sidak datang Kuching lagik sidak dah bermenantu & bercucu. Lepas berloyar tek balit ke hotel sidaknya, lepak lagik sampaylah kol 12:30 malam, nang hari ini dalam sejarah lah coz sejak kawin nang sik pernah nak ada masa keluar lepak ngan kengkawan. Tapi nang best giler lah, rasa enjoy & happy.

Keesokannya kamek org pegi Serikin makay van disewa sidak ya. Family aku & family Siti pun ikut juak. Best juaklah. Then pegi Tasik Biru di Bau. Lebih kurang pukul 4:30 kamek org balit. Malamnya aku pegi pengilan di kampung makan 20 org ninggal Kak As. Penat juaklah seharian berjalan2 nang sikda relax.

Keesokannya gik (hari Minggu) ngembak sidak kengkawan makan di rumah Udak di kampung. Makanan yg dihidang ialah manok masak merah, kari ikan tenggiri, tomyam, ikan tenggiri goreng, ikan masin terubok, tempoyak goreng, & sambal belacan. Siti ngembak dadeh. Berseleralah makan sama2. Lepas makan Sheila molah demo produk Giffarine. Kol 2 sidak sambung jalan2 ke ITM baru di Samarahan. Kamek org ngantar kat airport kol 5:30 pm coz flight sidak kol 7:10 pm. Sedih juaklah bila time berpisah ya, bila ndak kah dapat bertemu lagik kedak ya???








Monday, December 21, 2009

NGERABIT eLAMAI LAUNCHING, DEC 10, 2009

Photo tok diambik time launching Ngerabit eLamai di CoERI Lab, molah life telecast. Sukses juaklah tapi time nak launching ya, time Prof Peter merik speech panday disconnect indah...alu tergendala sebentar lah, tapi nang sikpat continue gik life telecast ya. Tapi nasib bait juak speech2 sebelum ya ok. Ujong2 alu ngisi perut jak kamek org.

Monday, December 14, 2009

MIMPI

Aku terasa ada seseorang sedang duduk mencari sesuatu di ruang tamu, aku pun ngambik torchlight & menyuluh mukanya, memang sah Lan berbaju telok belanga. Nya carik jam tangannya tapi aku madah sikda sitok, klak ku tanya ngan abangnya kataku, tapi nya masih maok juak carik jam tangannya. Nya hanya kelaka dalam hati jak. Then aku nunggah2 Is supaya bangun kerana time ya Is tido, dahlah susah digerak, aku tampar2 mukanya baruknya sedar. Is pun tolong carikkan jam ya tapi sik jumpa. Then aku pun tersedarlah dari mimpi. Aku nangga jam handphone dah 4:32am. Terus aku sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Dah 23 hari arwah meninggalkan kamek orang (Ahad 13 Dec, 2009).

Petang ya aku pengilan di kampung, makan nujuh Kak As. Aku ceritakan dgn mak pasal mimpi aku. Mak pun madah adikku Ani ada mimpi Lan juak. Dalam mimpi Lan tek ada banyak duit, bila Ani mintak Lan sikmok berik tapi nya maok berik duit ya tek dgn Mak.

Then aritok (Isnin 14 Dec, 2009) aku chat dgn Niza (my ex-collegue), Niza kenal juak dengan Lan tok tapi siklah rapat, terjumpa pun sekali sekala jak. Niza pun mimpi Lan sama hari dengan aku mimpi waktu dinihari. Lan ditangganya berjalan makay jubah putih menuju ke masjid. Lan ketika hayatnya pun suka sembahyang ke masjid juak. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, ya jak untuk memenuhi masa terluangnya kerana Lan sik kerja, hidupnya dihabiskan di rumah jak dan bergaul dengan masyarakat yg sudi berkawan dengannya.

Ku sentiasa mendoakan semoga arwah sentiasa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. AMIN.........


Sunday, December 6, 2009

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN.......

Tepat jam 9:30pm aku terima berita dari my mum, Kak As dah meninggal dunia.

Al-Fatihah yg hanya mampu ku sedekahkan untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnnnnnnnn...........

KAK AS DI HOSPITAL (ASMINI BINTI DOMO)

Kak As terbaring, pernafasan menggunakan oksigen & ditambah air dalam badannya (drip).

Kak As kadang2 sedar dan separuh sedar.

Hari tok hari Minggu, aku dah plan sikmok masak coz hubby madah nak ngajak makan di Singapore Chicken Rice. Aritok bangun agak lewat sedikit jam 8:30am, hubby pegi beli untuk breakfast nasi lemak dan kuih donut. Macam biasa after breakfast aku kemas2 rumah & machine kan kain baju & menjemur baju, tapi hari hujan renyai2 & cuaca agak sejuk juak.

Selepas mandi kamek orang berkemas2 nak keluar. Mula-mula pergi lunch SCR dekat Satok. Tengah makan, udak call madah Kak As dah macam terok gilak di hospital dan selepas makan kamek orang pun bergegas ke hospital. Parking punyalah susah gilak, setengah jam carik parking akhirnya berjaya tapi punyalah jauh berjalan.

Kak As ditempatkan di Tingkat 5, Hospital Umum Sarawak. Sedih juak nangga keadaannya. Doktor madah ada ketumbuhan dalam perutnya, nak dibedah tapi dah terlambat, conditionnya dah sik mengizinkan lagi, seruan illahi akan datang anytime jak lagik. Aku mendekatkan dirik dengannya bersalaman dengannya (mungkin salam terakhir), bila dipadah namaku nya senyum jak dan ada juak nyaut sikit, panday juak nya nanyak sapa aku, tapi pandangan matanya sekejap ok sekejap layap jak macam orang nak tido. Meleleh juak aek mataku bila nangga nya macam ya, semua kaum kerabat nangis, aku pun nangis juak walaupun ku kuatkan hatiku sikmok nak nangis.

Belum sampay 20 hari cousinku meninggal dunia, tok Kak As gik, nang sedihlah penghujung tahun tok, orang2 tersayang telah dan akan pegi buat selamanya. Apa boleh buat, seruan illahi dah sampay, kita pun entah bila, mun kita tauk muak juak senang sikit.

Time tok makku, bapakku & adikku masih di hospital, keadaannya nazak, lebih teruk dari tadi time aku ngabasnya. Aku berdoa semoga Kak As siklah lamak gilak nak nanggung sakitnya.......tok photo yang sempat aku ambik, sik banyak tapi cukup buat kenang-kenangan.

Tuesday, December 1, 2009

SAAT YANG MEMILUKAN...

Sanak-saudara yang datang menziarahi arwah

Jenazah diusung menaiki lif untuk dibawa pulang

Kelihatan kakak arwah (Habibah) sibuk menguruskan Jenazah

Jenazah diusung keluar dari katil oleh petugas hospital

Abang kepada arwah (Mohammad) setia berada di sisi arwah sebelum dan ketika arwah menghembuskan nafas terakhir

Jenazah dihantar ke tempat persemadian

Jenazah diusung keluar dari rumah

Arwah ketika di Hospital Umum Sarawak

Jumaat, 20 November, 2009macam biasa aku berkemas2 nak ke opis. Adikku madah cousinku (Roslan) dihantar ke hospital oleh kakaknya (Bibah) pada pukul 5:00am. Aku sik juak terkejut sebab lamak tok nya pun selalu keluar masuk hospital, pikir tek dapat nak ngabas petang kelak. Sik juak ku kisah, lalu aku pun pegi opis kerja macam biasa.

Lunch hour, lebih kurang pukul 12:30pm adikku Ani call lalu madah cousinku Roslan tek macam terok jak. Dalam hatiku dah berdebar2, then aku terus call kakaknya Bibah. Mula2 Bibah madah sikda apa2 juak, macam ok juak tapi hatiku rasa pelik juak, berdebar2. Then aku nekad untuk pulang ke rumah jak then nak ke hospital dengan familyku. Then kakaknya call lagik madah doktor mesan supaya family members datang jak melawatnya, macam pelik jak bunyinya. Aku pun cepat2 pulang ke rumah dengan hati yang berdebar2.

On the way nak pulang ke rumah, adikku call, Bibah pun call juak suruh cepat2 sampay ke hospital sebab keadaan Roslan dah kritikal. Aku pun rasa nak terbang jak ngembak kereta. Then dekat nak sampay ke Matang aku terima panggilan telefon lagik mengatakan Roslan dah meninggal dunia. Betapa terkejut dan berdebarnya hatiku. Sejak aku balit travelling dari Bario nang sik sempat nak ngabasnya. Last aku bertemu arwah time nak pengilan di rumah jiran sebelah di Kpg Gita (rumah Jalot) makan hol. Pada hari ya aku pun sik banyak nak kelaka dengan arwah, just time ya aku kelaka dengannya nyuruhnya ngaleh tempat tilam tidornya sebab takut kenak tinjak, kebetulan tilam tempatnya baring di ruang tamu. Arwah sikmok ngaleh sebabnya madah ya tempatnya baring2 atau tidor. Ya jak yang sempat aku kelaka dengannya. Arwah pun nampak gaya macam lelah2 juak pernafasannya.

Yalah sik sangka arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat 20 November, 2009 pada jam 1:17pm di Hospital Umum Sarawak ketika usianya baru 37 tahun. Nasib bait time ngabas arwah di hospital sebelum ya sempat juak bergambar sakan dengannya dan arwah kelihatan happy bila kamek orang ngabasnya. Time aku ngambarnya seolah2 hatiku berkata2 umur arwah nampak macam sik lamak gik bila nengar kakaknya explain apa nak dikata doktor dolok. Doktor sikpat menjalani pembedahan ke atas arwah sebab risikonya terlalu tinggi. Menurut kata doktor, saluran darahnya dah banyak yg pecah dan paru2nya rosak kerana arwah merokok juak walaupun sik kerap, maklumlah arwah mengidap penyakit jantong berlubang.

Terkenang juak dengan arwah kerana sama2 pegi sekolah tadika & sekolah rendah dolok. Dah macam adik-beradik kerana arwah pun sama2 dibesarkan di kampung dan rapat dengan arwah nenek dan udak dan ngah dan Bontok (anjang). Aku dah macam adik-beradik dengan arwah. Cuma bila aku dah kawin, aku sik tinggal lagik di kampung tapi keakraban ya nang sik pernah putuslah.

Hanya satu yang menjadi kekesalan ku, setiap kali aku round2 sik pernah nak ngembak arwah sama2 round. Kadang2 kesian juak dengan arwah, mestinya ingin nak round2. Tapi sik juak arwah terbiar sebab kadang2 arwah diembak round ke rumah kamek kjap, makan bersama & happy bersama walaupun kadang2 masa terlalu singkat, tapi cukuplah arwah berasa happy sekejap. Arwah nak sik berapa nak merasa kasih sayang dari makbapaknya sebab sejak lahir dipelihara arwah nenek. Arwah nenek meninggal sewaktu arwah berumur 13 tahun mun sik silap lah. Kesian arwah...mudah2an arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh dan beriman semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah..........AMIN...

Gambar2 yang sempat dirakam semasa arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya dan semasa arwah diarak menuju ke tempat persemadiannya...

Monday, November 9, 2009

Second eBario Knowledge Fair 2009

Mee maggie kari Bario

di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

1 Nov, 2009 seawal jam 4am aku dah bangun dari tido, bersiap2 mandi & get ready 5:30am nak ke airport. Flight dari Kuching ke Miri dijadualkan jam 7:00am. Then flight dari Miri ke Bario dijadualkan jam 9:20am, kamek orang dijangka transit di Marudi sekejap. Rasa excited nak pegi Bario & sedih pun ada sebab terpaksa meninggalkan orang2 tersayang demi tugas. Aku dihantar oleh Is, Daniel, Mak & Bapakku. Crew member yang pegi aritok 6 orang then ada sorang keynote speakers dari Melbourne, Australia sama flight, namanya Prof Dr Paul James. Perjalanan menaiki twin otter sungguh mendebarkan. Sampay jak di airport Bario terus aku call darling aku madah dah sampay, piluk juaklah rasa ati meninggalkan anak laki. Kamek org sampay di Bario lebih kurang jam 10:30am, perut terasa lapar, terus order mee maggie kari Bario, ada aura yang tersendiri. Lepas ya dari airport Bario kamek org diambik oleh Martin. Kamek org dihantar ke Tarawe Lodge. Aku, Joan & Leena kongsi satu bilik yang ada 3 katil. Kamek org relax2 lok dekat lodge then mandi, air paipnya sejuk sakan, orang madah ya air dari gunung. Petangnya kamek org lepak kat Telecentre sementara nak nanti makan malam di kedai Nurul. Nurul tok org semenanjung, baruk 2 bulan tinggal di Bario ngikut lakinya, lakinya adik kepada Nancy Harris.

2 Nov, 2009 awal pagi dah bangun sebelum pukul 6:30am, terus mandi, sejuknya air. Breakfast dgn maggie kari, sodapnya...sambil menghirup udara segar di Tarawe Lodge, dengan pemandangan sawah padi & kolam ikan, tambah2 gik kabus tebal dipagi hari. Then pegi ke Telecentre, nolong2 nyapu & ngator tempat untuk engkah notebook & pc baru diembak dari UNIMAS. Selalu jak begasik, sik tahan dengan debu idong kamek, wakakaka....ngabas balairaya tempat conference tapi sik bukak, lagik berkunci, sik tauk sapa megang. So lepak kat Telecentre jak lah sehari2. Petangnya Counselor John Trawe ngembak kmk org jalan2 sekitar Bario makay 4WD, at first round2 kat sekitar Bario Asal, Wind Turbin, melawat Lodge (lupak nama), & pegi ke Pa' Umo (di sitoklah kpg Dr Poline Bala, Timbalan Pengarah CoERI). Jauh juaklah perjalanan. Rata2 jerayanya nang bertanah sikda jalan raya bertar. Mun datang sitok iboh gago nak makay kasut higheel, ujung2 tenggelam tumit ya...wakakaka... Malamnya busy lah ngator semua persiapan sebelum menjelang conference.

3 Nov, 2009, aritok rami sidak participants datang ke Bario. Macam biasa pagi2 gik kmk org dah ke Telecentre, ngator tempat register sementara waktu, nasib bait semua dah ready. Macam biasa tugas aku nerimak payment dari participants & merik sidak resit. Best juaklah keja tok. Sempat juak berposing...hehehe sik bolah nangga camera.

4 Nov, 2009, tibalah hari yang ditunggu2, SECOND EBARIO KNOWLEDGE FAIR, 4-6 NOV 2009. Sik juak rami gilak aritok coz ada gik org yg dijangka datang 5 Nov coz flight fully book 3 Nov. Mun nak charter flight nauzubillah mahalnya, sekali trip jak RM9,000.00, mun pulang balit dah RM18,000.00. Sebab yalah makay ordinary flight jak dari Miri ke Bario dan sebaliknya. Flight Kch ke Miri nang sikda problem.

5 Nov, 2009, the second day conference, aritoklah opening ceremony, YB Maximus Ongkili sikpat datang, so diganti oleh Dr Raslan dari MOSTI. Ala kadar jaklah sambutannya.

6 Nov, 2009, the third day conference macam biasa berlangsung di balairaya Bario. Aritok rami juaklah participants yang dah present paper sidaknya pulang. Hahaha...mcm durian tegugok Dr Poline madah ngan aku boleh pulang esok 7hb mun maok, melompatlah aku lalu carik Lilla, time ya Lilla dah fly balit Miri. Tapi nak, rugi lah sidak yg balit aritok coz sikpat nangga cultural show pada malamnya. Time dinner ya lucu da jak kamek org disuruh nait atas pentas belagu rami2, En Nazri nyuruh kmk org ngembak lagu Rasa Sayang...apa lagik hantam sajalah.

7 Nov, 2009, hari yg ditunggu2 nak balit ke Kch, Subuh dah bangun and mandi, air sejuk pun dah sik kesah gik. Aku and Siti Fateha bertukar flight, aku masuk flight kol 9:20am manakala Siti pulak masuk flight 12:00pm. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Dah sampay airport Miri ngator flight ke Kch pulak, nasib bait ada seat kol 1:25pm. Perut dah lapar, aku pun pegi mkn kat airport Miri sementara nanti flight kol 1:25pm & beli ole2 untuk anak2. Ole2 dari Bario cuma beras Bario 2 gantang untuk disedekahkan kpd sanak saudara. Dekat airport Miri sempat terserempak dengan Waheeda sama study kat ITM dolok. Whoaaaaaaa...anaknya dah 8 org, berisi juak badannya walaupun dolok kecil molek. Hahaha...masa mengubah segalanya. 2:45pm sampaylah kat airport Kch, aku disambut oleh emak bapak, udak, anak2 & hubby. Tok ada sedikit gambar untuk tatapan buat kenang2an semasa di Bario.

SEKIAN TERIMA KASIH.









Friday, October 30, 2009

MENGHITUNG HARI

Hari tok aku busy sakan...final preparation for trip to Bario on Sunday 1st to 8th Nov. Nang sik panday abis dgn hal booking ticket belon & macam2 lagik. Rasa excited pun ada, sedih apatah lagik terpaksa berpisah dari suami & anak2 untuk tempoh 8 hari 7 malam coz selama tok sik pernah berpisah macam tok. Sehari rasa setahun meninggalkan sidak.

Saturday, October 3, 2009

NGABAS COUSIN DI HOSPITAL


Toilet wad berkenaan- nang bersih juaklah


Kemudahan yang disediakan di hospital- dolok sikda kinek tok ada


5:00pm waktu untuk makan malam


Macam toklah rupa pesakit jantung berlubang


Gelagat Danielle, suka dengan katil yg dapat di control turun nait


dari kiri: Danielle, Roslan, Amir, & aku


dari kiri: Danielle, Roslan, Amir, & Ani


Danielle & Roslan


Ani (adikku) & Roslan

Toklah gambar aku dengan Roslan cousinku


Bergambar rami2 dengan Roslan di ruang menonton televisyen


Wad tempat Roslan dirawat

Kol 3:15pm kamek orang anak-branak, Udak & Ani pegi ngabas Lan di Hospital. Roslan nama sebenarnya, umurnya sama dengan umur aku. Lan akan dibedah kerana jantung berlubang. Dah 2 kali pembedahannya ditunda memandangkan keadaannya yang sik mengizinkan, nampak jak sihat tetapi berpenyakit. Menurut kata doktor, saluran darahnya banyak yang bocor, sebab yalah nya gik ditahan & dirawat di hospital, belum dibedah. Mun keadaannya udah stabil baruklah pembedahan dilakukan. Aku hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat. Dahlah bapaknya sakit time tok. Adoh...kesian juaklah dengan Kak Bibah, semua nya ngurus hal sidak ya. Mudah2an Allah memberkati segala pengorbanannya selama tok. Sempat juaklah nyenep gambar sebagai tanda kenang-kenangan...

LAKSA AMOI


LAKSA AMOI

Pagi tok aku breakfast denganLaksa Amoi, dah sebulan lebih sik merasa Laksa Amoi. Laksa tok dijual dekat Satok, nang sedap, nang favourite aku lah.

Friday, October 2, 2009

6 & 7 SYAWAL










Hari Jumaat, kamek orang dah bercadang ke Sri Aman (rumah mak mertua aku). Kamek orang berangkat jam 6:00pm, udak pun ikut juak, konvoi dengan family abang iparku. Perjalanan ke Sri Aman ngambik masa 2 jam mun laju 3 jam mun slow. Gelik juak mun ari dah gelap berada di jalanan. Sesekejap rasa terkejut bila nangga lori besar di depan kereta kita, terasa nya nak merempoh kereta kita. Tapi so far alhamdulillah kamek orang selamat sampay jam 9:15pm.

Kamek orang terus ke rumah Mak Yot sebab nya dah sediakan hidangan untuk makan malam. Letih juak lah perjalanan 3 jam ya tambah2 lagik aku memangku anakku tido, memang penatlah. Aku bercadang tido jaklah di rumah Mak Yot, malas nak angkat2 barang gik kebetulan beg besar dah diembak ke rumahnya.

Pagi2 kamek orang dah berkemas nak berjalan2 ke rumah nenek, auntie & cousin aku. Sik dapat nak ke kubur bapak mertua, nenek dan datukku sebab "sik boleh" (hehehe...paham2 jaklah masalah wanita). Best juaklah beraya di Sri Aman tok, alhamdulillah dapat jumpa cousin2 dan auntie2 aku. Nenekku baruk jak meninggal dunia beberapa bulan yang lalu tapi datukku dan lamak meninggal dunia.

Sempat juaklah nangkap gambar untuk kenang2an.

5 SYAWAL

Pagi macam biasa kol 8.00am bangun tido. Petang pegi berjarah di rumah Rohana tapi nya sik ada di rumah. Frust lah sik dapat jumpanya tapi dah ambik nombor telefon daripada kakaknya, Kak Uyah.

Then ke rumah Lela di Taman Surabaya Indah, lamak dah ingin nak pegi rumahnya tok tapi sik tauk address. Kamek orang salah langkah, sepatutnya datang kol 8:30pm coz nya ada molah "open house". Tapi sik pa lah asal niat ya nak bersalam2an jak bukan juak nak makan.

Lepas Maghrib ke rumah Kak Yak Salleh, lamak juak sik pegi rumah tok, setahun sekali jak dapat nak jengok. Then terus ke rumah Kak Aisyah Ismail tapinya sikda di rumah. Alang-alang menyelok pekasam terus berjarah ke Kampong Gita rumah Mak Mah (bekas guru mengaji aku). Then nak ke rumah Bang Mat tapinya sikda juak, teruslah ke rumah Kak Senah Karim. Di sia lah aku berjumpa dengan Surya (kwn sekolah rendah aku), gago jak nya madah aku kurus dan semakin mantap dan kacak...hahah...kembang setaman jak hidongku!!!

Wednesday, September 30, 2009

4 SYAWAL



Raya ke 4 sik bejalan, duduk rumah jak. Lagipun dah janji juak nak nunggu Mizah datang ke rumah membalas kunjungan. Aku suruh Bontok masak ayam kari dimasaknya ayam kurma, adikku Ani nolong molah mee hoon goreng. So ringanlah sikit kerja aku. 2 macam lauk ya aku hidangkan dengan sapa2 jak yg sudi datang ke rumah kmk org, lagipun 1st day raya dah masak macam2 lauk.

Kol 11:30am camya ngambik masakan di kampong. Mizah & family lah 1st guests yang datang time ya. Then lepas sidaknya pulang Daniel ngajak beli basikal baru dengan duit angpow yang nya dapat RM144, harga basikal ya lepas diskaun RM230, terpaksalah aku & daddynya top-up duit lagik. Bagus juaklah duitnya nampak ke basikal, mun ndak nya nak meli helicopter control yang nyawanya hanya dapat bertahan sehari jak...nay ndak siap ada "mekanik".

Lepas meli basikal balitlah ke rumah gik, then bang eddy & family datang. Rami lagiklah rumah kamek orang, baguslah, sayang juak bah mun barang makan sik abis. Petang sidak Pian & family datang (Kwn Is).

Malamnya kamek orang nak ngajak udak bejalan, tapinya sik dapat. So pegi beraya ke rumah kak Noraida, then kak Noraida ikut beraya ke rumah Dr Fitri. Lepas ya ke rumah kak Ani then terus pulang.

Udak call madah Rohana (kwn masa kecik aku) nak jumpa aku esok, nya suruh jalan ke rumah kakaknya. Rohana kinek tok tinggal di Johor ikut suaminya. Lamak juaklah sik berjumpa sejak masing2 dah berumahtangga...hahaha.

3 SYAWAL





Pagi2 kol 10 nyuruh hubby ku ngecek baju raya 2 pasang gik lom diambik kat Cindy Design. "Belum bukak kedai", kata hubbyku, terus aku sms Cindy, then nya madah "Dah", baruk sampay kedai lah ya. Anyway happy juak dapat makay baju raya baru gik aritok tapi terpaksalah makay terus tanpa dicuci dolok. Kotan nak bergaya lah tek...hahaha. Biasanya sik pernah aku pakay terus baju baru, mesti dicuci dolok kecuali mun darurat macam tok tek terpaksalah pakay terus. Ada baju lain tapi dah lejuk, biasalah org perempuan tok!

Macam biasa rutin di hari raya tok, pagi menyiapkan kerja2 rumah. 12:30 tengahari dah siap mandi, jarang orang datang ke rumah awal2 pagi, tapi mun di kampung kol 10 orang dah datang berjarah.

Plan ari tok nak ke rumah Mizah, ada open house. Then ke rumah cousinku Bibah, sekaligus nak ngabas bapaknya sakit. Yalah sakit orang tua, lamak dah nak ngabas tapi sik terabas-rabas, nampak jaik jak kata orang, maka bapak menakan dirik empun. Bukan apa, masa terlalu sik mengizinkan. Mun weekend gago ngan kerja rumah, ngan aktiviti anak2 yang sik panday nak abis-abis. So ada peluang kedak tok dapat juaklah nyengok orang tua ya...tedah!

Kol 1:30 kmk org dah berangkat dari rumah, ngagak udak lok ke kampong ngambiknya ngajak jalan sama. Berpandukan peta yang dilakar Mizah teruslah ke rumahnya dolok, cun2 time lunch hour, dapat juaklah ngisik perut lok. Rumah Mizah di Kpg Paya Mebi, first time juak aku ke kampong ya. Sempat juak bertemu dengan group sidak Gary.

Lepas ya tek terus ke rumah Bibah cousinku. Ya Allah nang lamak lah aku sik nangga Wa Jet ku ya (bapak Bibah, bapak menakan aku lah). Meleleh juak air mataku nangga keadaannya yg kurus kedak ya, tambah2 gik nya mun ditanyak sik brapa kenal ngan org gik. Nang sikpat kutahan air mataku eh.....nya pun nangga kmk orang lalu nak nangis juak. Yalah sempat juak berposing sakan dengan orang tua ya pakay kenang2an kelak. Lepas ya berjarah ke rumah Mak Aji Dara & Kak Yot.

Pulang dari Batu 12 terus berjarah rumah Kak Dior. Tedah gagonya nyambut kedatangan kamek org. Kak Dior tok celebrate Chinese New Year juak, so dalam setahun 2 perayaan lah disambutnya. Nang best mun rumah tok celebrate, kuih & biskutnya nang nyaman2 & banyak.

Udah ya tek terus lah pulang ke rumah ngantar Udak, lepaklah sekejap di kampong. Rasa nak pegi rumah cousinku Midah, tapi malas dah rasa, lagipun mak & bapak nak pegi malam. Malas juak nak nunggu...lepak2 sekejap terus pulang ke rumah relax, nang kepaklah bejalan sehari-hari.

2 SYAWAL










Awal pagi dah berkemas-kemas, nak bejalan raya. Boring bah duduk rumah, nunggu orang datang sik juak datang, dah kita bejalan klak gago orang telepon madah nak datang.

Mula2 ambik udak di kampong, then pegi ke rumah sidak Jalot open house. Lunch lah dolok di rumah ya, kebetulan sikda masak aritok. Then terus ke rumah YB Daud, nya selalu open house on the 2nd day raya. Punyalah jauh nak parking kereta, dahlah hari panas, aku pegi pun terpaksa ikut orang tua ngajak. At first rasa nak marah coz terlalu rami orang yang datang, dahlah hari panas. Kebetulan kamek orang sampay, sidak kumpulan penari/penyanyi iban kah/bidayuh kah dari Long Lamai datang juak, sidak molah persembahan khas untuk ditonton oleh YB dan masyarakat yang datang berkunjung. Rasa terhiburlah juak...sempat ambik gambar. Aku nang dah malas nak makan & minum gik, rasa cepat-cepat nak pulang. Tapi sempat juaklah bersalam & berkelaka dengan YB Daud...dolok YB tok orang2 biasa juak, sama kampong bah. Jadi siklah juak rasa tersisih, maklumlah kita tok orang2 kecik jak.

Then pulang dari rumah YB Daud, kamek orang ke rumah Kak Nor, Has, & Kak Noning. Adoh...ticket Dr Poline terpaksa di cancell coz nya sik jadi pegi Bario 22/9/09, aritok 21/9/09. Aku call ITC sikda jawab, thats mean office masih closed coz public holiday. So terpaksa lah aku ke airport, madah dengan sidak MAS Office suruh cancell ticket ya & open jak. Kol 3:30pm cepat2 aku bergegas ke airport. Ok dah settled. Fuhhhh!!! ingat tek sikda crita urgent raya tok, rupa2nya ada juak kes cancell mengencell tok!!! Terganggu sikitlah mood aku raya tok.

Pulang dari airport terus singgah sekejap ke Spring, beli towel untuk ke Sri Aman Friday tok. Lamak dah sik beli towel, yang lamak dah koyak sana koyak sini, terpaksalah beli yang baru. Hahaha..........

Lepas ya pegi ambik baju raya yg baruk nak siap dekat Matang (Cindy Design). Bila dah sampay sia Cindy lom sempat ngelim baju. Nya suruh ambik lewat sikitlah malam klak. Then kamek orang pun pegi berjarah di area Demak Laut, rumah abang ipar & rumah ex-collegue aku.

Dah lelah gilak sik sempat nak berjarah ke kampong udak then aku pun call Cindy gik nanyak baju tek. Si Cindy ya gik di area batu 3, nya suruh ambik keesokan pagi gik, so wat to do, sikmok nak marah2 coz nya molah baju nang kacak & nyaman dipakay.

Esok2lah nyambong berjarah gik.