Search This Blog

Monday, December 28, 2009

CHRISTMAS 2009

di Tasik Biru, Bau

Today the weather is good, so kamek org berjalan menziarahi sahabat handai yg merayakan Hari Natal or Hari Krismas yg disambut setiap 25 Disember. Ada 3 buah rumah yg diziarahi (rumah kawan Udak 2 buah & rumah kawan aku sebuah). Pendek kata enjoylah...kebetulan public holiday 25, 26 & 27 Dec.

Ari tok juak sidak ex-coursemate aku time di ITM Semariang datang dari KL (Sheila, Norlia, Nur Saidah & Norhaizah). Sidaknya datang bercuti 3 days 2 night jak dan stay kat Regal Court. Sidaknya balit 27 Dec. Lebih kurang 15 tahun dah sidak meninggalkan Kuching sejak graduate, rasa dalam mimpi dapat bertemu lagik. Semua dah kawin, Sheila anak 2, Norlia anak 4, Nur Saidah anak 2 & Kak Zah anak 2...Mummy Vogue katakan. Sidak datang sik embak family so masing2 jadi anak dara pingitan. Heeheheeee....

25 Dec, aku & Siti (sefamily) ngepong sidak di Cultural Village. At first sidak sik ngelala ngan aku coz aku banyak perubahan. Dolok rambutku keriting & muka banyak jerawat tapi kinek tok dah kacak sikit (huhu...), rambutku dah lurus kenak rebonding & muka nampak bersih (tq CNI). Lucu ada jak sidak sik ngelala ngan aku sedangkan aku merati sidak terpinga-pinga dari tadik, ku biarkan lebih kurang 3 min sidak carik aku. Then aku pun merapati sidak & negor sidak, terkejutnya bukan kepalang. Sheila makin montel, Norlia masih macam anak dara sunti (sik bertudung gik, rambut panjang ayu), Nur Saidah pun sik bertudung gik (tudungnya dah melayang entah ke mana), Kak Zah aku sik berapa ingat gilak mcm nay nya dolok coz aku sik close dengannya. Pertemua kamek di sia sekejap jak, lebih kurang pukul 6pm kmk pulang, coz malam nak keluar gik ngembak sidak makan mee kolok kat Warong di Satok.

Malamnya aku dengan Siti ngagak sidak di Regal Court. Masing2 dah bersiap, terutama Sheila nang sik sabar nak makan mee kolok. Aku sikpat makan apa2 coz dah kenyang makan maggie mee kari sebelum turun tadik. Aku order air laici jak k minum & tapau satay k embak pulang. Lamak juak kmk org berloyar kat Satok, yalah lamak sik jumpa, entah2 klak mun sidak datang Kuching lagik sidak dah bermenantu & bercucu. Lepas berloyar tek balit ke hotel sidaknya, lepak lagik sampaylah kol 12:30 malam, nang hari ini dalam sejarah lah coz sejak kawin nang sik pernah nak ada masa keluar lepak ngan kengkawan. Tapi nang best giler lah, rasa enjoy & happy.

Keesokannya kamek org pegi Serikin makay van disewa sidak ya. Family aku & family Siti pun ikut juak. Best juaklah. Then pegi Tasik Biru di Bau. Lebih kurang pukul 4:30 kamek org balit. Malamnya aku pegi pengilan di kampung makan 20 org ninggal Kak As. Penat juaklah seharian berjalan2 nang sikda relax.

Keesokannya gik (hari Minggu) ngembak sidak kengkawan makan di rumah Udak di kampung. Makanan yg dihidang ialah manok masak merah, kari ikan tenggiri, tomyam, ikan tenggiri goreng, ikan masin terubok, tempoyak goreng, & sambal belacan. Siti ngembak dadeh. Berseleralah makan sama2. Lepas makan Sheila molah demo produk Giffarine. Kol 2 sidak sambung jalan2 ke ITM baru di Samarahan. Kamek org ngantar kat airport kol 5:30 pm coz flight sidak kol 7:10 pm. Sedih juaklah bila time berpisah ya, bila ndak kah dapat bertemu lagik kedak ya???








Monday, December 21, 2009

NGERABIT eLAMAI LAUNCHING, DEC 10, 2009

Photo tok diambik time launching Ngerabit eLamai di CoERI Lab, molah life telecast. Sukses juaklah tapi time nak launching ya, time Prof Peter merik speech panday disconnect indah...alu tergendala sebentar lah, tapi nang sikpat continue gik life telecast ya. Tapi nasib bait juak speech2 sebelum ya ok. Ujong2 alu ngisi perut jak kamek org.

Monday, December 14, 2009

MIMPI

Aku terasa ada seseorang sedang duduk mencari sesuatu di ruang tamu, aku pun ngambik torchlight & menyuluh mukanya, memang sah Lan berbaju telok belanga. Nya carik jam tangannya tapi aku madah sikda sitok, klak ku tanya ngan abangnya kataku, tapi nya masih maok juak carik jam tangannya. Nya hanya kelaka dalam hati jak. Then aku nunggah2 Is supaya bangun kerana time ya Is tido, dahlah susah digerak, aku tampar2 mukanya baruknya sedar. Is pun tolong carikkan jam ya tapi sik jumpa. Then aku pun tersedarlah dari mimpi. Aku nangga jam handphone dah 4:32am. Terus aku sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Dah 23 hari arwah meninggalkan kamek orang (Ahad 13 Dec, 2009).

Petang ya aku pengilan di kampung, makan nujuh Kak As. Aku ceritakan dgn mak pasal mimpi aku. Mak pun madah adikku Ani ada mimpi Lan juak. Dalam mimpi Lan tek ada banyak duit, bila Ani mintak Lan sikmok berik tapi nya maok berik duit ya tek dgn Mak.

Then aritok (Isnin 14 Dec, 2009) aku chat dgn Niza (my ex-collegue), Niza kenal juak dengan Lan tok tapi siklah rapat, terjumpa pun sekali sekala jak. Niza pun mimpi Lan sama hari dengan aku mimpi waktu dinihari. Lan ditangganya berjalan makay jubah putih menuju ke masjid. Lan ketika hayatnya pun suka sembahyang ke masjid juak. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, ya jak untuk memenuhi masa terluangnya kerana Lan sik kerja, hidupnya dihabiskan di rumah jak dan bergaul dengan masyarakat yg sudi berkawan dengannya.

Ku sentiasa mendoakan semoga arwah sentiasa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. AMIN.........


Sunday, December 6, 2009

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN.......

Tepat jam 9:30pm aku terima berita dari my mum, Kak As dah meninggal dunia.

Al-Fatihah yg hanya mampu ku sedekahkan untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnnnnnnnn...........

KAK AS DI HOSPITAL (ASMINI BINTI DOMO)

Kak As terbaring, pernafasan menggunakan oksigen & ditambah air dalam badannya (drip).

Kak As kadang2 sedar dan separuh sedar.

Hari tok hari Minggu, aku dah plan sikmok masak coz hubby madah nak ngajak makan di Singapore Chicken Rice. Aritok bangun agak lewat sedikit jam 8:30am, hubby pegi beli untuk breakfast nasi lemak dan kuih donut. Macam biasa after breakfast aku kemas2 rumah & machine kan kain baju & menjemur baju, tapi hari hujan renyai2 & cuaca agak sejuk juak.

Selepas mandi kamek orang berkemas2 nak keluar. Mula-mula pergi lunch SCR dekat Satok. Tengah makan, udak call madah Kak As dah macam terok gilak di hospital dan selepas makan kamek orang pun bergegas ke hospital. Parking punyalah susah gilak, setengah jam carik parking akhirnya berjaya tapi punyalah jauh berjalan.

Kak As ditempatkan di Tingkat 5, Hospital Umum Sarawak. Sedih juak nangga keadaannya. Doktor madah ada ketumbuhan dalam perutnya, nak dibedah tapi dah terlambat, conditionnya dah sik mengizinkan lagi, seruan illahi akan datang anytime jak lagik. Aku mendekatkan dirik dengannya bersalaman dengannya (mungkin salam terakhir), bila dipadah namaku nya senyum jak dan ada juak nyaut sikit, panday juak nya nanyak sapa aku, tapi pandangan matanya sekejap ok sekejap layap jak macam orang nak tido. Meleleh juak aek mataku bila nangga nya macam ya, semua kaum kerabat nangis, aku pun nangis juak walaupun ku kuatkan hatiku sikmok nak nangis.

Belum sampay 20 hari cousinku meninggal dunia, tok Kak As gik, nang sedihlah penghujung tahun tok, orang2 tersayang telah dan akan pegi buat selamanya. Apa boleh buat, seruan illahi dah sampay, kita pun entah bila, mun kita tauk muak juak senang sikit.

Time tok makku, bapakku & adikku masih di hospital, keadaannya nazak, lebih teruk dari tadi time aku ngabasnya. Aku berdoa semoga Kak As siklah lamak gilak nak nanggung sakitnya.......tok photo yang sempat aku ambik, sik banyak tapi cukup buat kenang-kenangan.

Tuesday, December 1, 2009

SAAT YANG MEMILUKAN...

Sanak-saudara yang datang menziarahi arwah

Jenazah diusung menaiki lif untuk dibawa pulang

Kelihatan kakak arwah (Habibah) sibuk menguruskan Jenazah

Jenazah diusung keluar dari katil oleh petugas hospital

Abang kepada arwah (Mohammad) setia berada di sisi arwah sebelum dan ketika arwah menghembuskan nafas terakhir

Jenazah dihantar ke tempat persemadian

Jenazah diusung keluar dari rumah

Arwah ketika di Hospital Umum Sarawak

Jumaat, 20 November, 2009macam biasa aku berkemas2 nak ke opis. Adikku madah cousinku (Roslan) dihantar ke hospital oleh kakaknya (Bibah) pada pukul 5:00am. Aku sik juak terkejut sebab lamak tok nya pun selalu keluar masuk hospital, pikir tek dapat nak ngabas petang kelak. Sik juak ku kisah, lalu aku pun pegi opis kerja macam biasa.

Lunch hour, lebih kurang pukul 12:30pm adikku Ani call lalu madah cousinku Roslan tek macam terok jak. Dalam hatiku dah berdebar2, then aku terus call kakaknya Bibah. Mula2 Bibah madah sikda apa2 juak, macam ok juak tapi hatiku rasa pelik juak, berdebar2. Then aku nekad untuk pulang ke rumah jak then nak ke hospital dengan familyku. Then kakaknya call lagik madah doktor mesan supaya family members datang jak melawatnya, macam pelik jak bunyinya. Aku pun cepat2 pulang ke rumah dengan hati yang berdebar2.

On the way nak pulang ke rumah, adikku call, Bibah pun call juak suruh cepat2 sampay ke hospital sebab keadaan Roslan dah kritikal. Aku pun rasa nak terbang jak ngembak kereta. Then dekat nak sampay ke Matang aku terima panggilan telefon lagik mengatakan Roslan dah meninggal dunia. Betapa terkejut dan berdebarnya hatiku. Sejak aku balit travelling dari Bario nang sik sempat nak ngabasnya. Last aku bertemu arwah time nak pengilan di rumah jiran sebelah di Kpg Gita (rumah Jalot) makan hol. Pada hari ya aku pun sik banyak nak kelaka dengan arwah, just time ya aku kelaka dengannya nyuruhnya ngaleh tempat tilam tidornya sebab takut kenak tinjak, kebetulan tilam tempatnya baring di ruang tamu. Arwah sikmok ngaleh sebabnya madah ya tempatnya baring2 atau tidor. Ya jak yang sempat aku kelaka dengannya. Arwah pun nampak gaya macam lelah2 juak pernafasannya.

Yalah sik sangka arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat 20 November, 2009 pada jam 1:17pm di Hospital Umum Sarawak ketika usianya baru 37 tahun. Nasib bait time ngabas arwah di hospital sebelum ya sempat juak bergambar sakan dengannya dan arwah kelihatan happy bila kamek orang ngabasnya. Time aku ngambarnya seolah2 hatiku berkata2 umur arwah nampak macam sik lamak gik bila nengar kakaknya explain apa nak dikata doktor dolok. Doktor sikpat menjalani pembedahan ke atas arwah sebab risikonya terlalu tinggi. Menurut kata doktor, saluran darahnya dah banyak yg pecah dan paru2nya rosak kerana arwah merokok juak walaupun sik kerap, maklumlah arwah mengidap penyakit jantong berlubang.

Terkenang juak dengan arwah kerana sama2 pegi sekolah tadika & sekolah rendah dolok. Dah macam adik-beradik kerana arwah pun sama2 dibesarkan di kampung dan rapat dengan arwah nenek dan udak dan ngah dan Bontok (anjang). Aku dah macam adik-beradik dengan arwah. Cuma bila aku dah kawin, aku sik tinggal lagik di kampung tapi keakraban ya nang sik pernah putuslah.

Hanya satu yang menjadi kekesalan ku, setiap kali aku round2 sik pernah nak ngembak arwah sama2 round. Kadang2 kesian juak dengan arwah, mestinya ingin nak round2. Tapi sik juak arwah terbiar sebab kadang2 arwah diembak round ke rumah kamek kjap, makan bersama & happy bersama walaupun kadang2 masa terlalu singkat, tapi cukuplah arwah berasa happy sekejap. Arwah nak sik berapa nak merasa kasih sayang dari makbapaknya sebab sejak lahir dipelihara arwah nenek. Arwah nenek meninggal sewaktu arwah berumur 13 tahun mun sik silap lah. Kesian arwah...mudah2an arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh dan beriman semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah..........AMIN...

Gambar2 yang sempat dirakam semasa arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya dan semasa arwah diarak menuju ke tempat persemadiannya...