Search This Blog

Sunday, December 6, 2009

KAK AS DI HOSPITAL (ASMINI BINTI DOMO)

Kak As terbaring, pernafasan menggunakan oksigen & ditambah air dalam badannya (drip).

Kak As kadang2 sedar dan separuh sedar.

Hari tok hari Minggu, aku dah plan sikmok masak coz hubby madah nak ngajak makan di Singapore Chicken Rice. Aritok bangun agak lewat sedikit jam 8:30am, hubby pegi beli untuk breakfast nasi lemak dan kuih donut. Macam biasa after breakfast aku kemas2 rumah & machine kan kain baju & menjemur baju, tapi hari hujan renyai2 & cuaca agak sejuk juak.

Selepas mandi kamek orang berkemas2 nak keluar. Mula-mula pergi lunch SCR dekat Satok. Tengah makan, udak call madah Kak As dah macam terok gilak di hospital dan selepas makan kamek orang pun bergegas ke hospital. Parking punyalah susah gilak, setengah jam carik parking akhirnya berjaya tapi punyalah jauh berjalan.

Kak As ditempatkan di Tingkat 5, Hospital Umum Sarawak. Sedih juak nangga keadaannya. Doktor madah ada ketumbuhan dalam perutnya, nak dibedah tapi dah terlambat, conditionnya dah sik mengizinkan lagi, seruan illahi akan datang anytime jak lagik. Aku mendekatkan dirik dengannya bersalaman dengannya (mungkin salam terakhir), bila dipadah namaku nya senyum jak dan ada juak nyaut sikit, panday juak nya nanyak sapa aku, tapi pandangan matanya sekejap ok sekejap layap jak macam orang nak tido. Meleleh juak aek mataku bila nangga nya macam ya, semua kaum kerabat nangis, aku pun nangis juak walaupun ku kuatkan hatiku sikmok nak nangis.

Belum sampay 20 hari cousinku meninggal dunia, tok Kak As gik, nang sedihlah penghujung tahun tok, orang2 tersayang telah dan akan pegi buat selamanya. Apa boleh buat, seruan illahi dah sampay, kita pun entah bila, mun kita tauk muak juak senang sikit.

Time tok makku, bapakku & adikku masih di hospital, keadaannya nazak, lebih teruk dari tadi time aku ngabasnya. Aku berdoa semoga Kak As siklah lamak gilak nak nanggung sakitnya.......tok photo yang sempat aku ambik, sik banyak tapi cukup buat kenang-kenangan.

No comments:

Post a Comment