Pihak MIMOS telah membuat lawatan di UNIMAS pada 21 Januari, 2009 dan CoERI telah membuat persediaan untuk mengadakan sedikit pameran mengenai projek yang telah dan akan dijalankan CoERI terutamanya Projek e-Bario Dags Roll-Out.
Pada 16 Mac, 2009, majlis penyerahan cek kepada Centre of Excellence for Rural Informatics (CoERI) telah diadakan di Rumah Universiti, UNIMAS. Pihak kerajaan Jepun telah menyumbangkan wang sebanyak RM155,920.00 untuk projek "Electrification by Solar Energy" di Long Lamai, Miri.
Green Week telah dirasmikan oleh YB Dtk Peter Chin Fah Kui pada 15 Jun, 2009 di Auditorium CAIS, UNIMAS. Green Week telah dikelolakan bersama oleh Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan, Centre of Excellence for Rural Informatics (CoERI) dan Centre of Excellence for Renewable Energy (CoERE).
International Conference on IT in Asia 2009 diadakan di Hotel Hilton pada 7-9 Julai, 2009. Selama 3 hari berturut-turut bertugas menjaga exhibition. Ramai juga participants yang melawat booth kami (UNIMAS- CoERI).